Aug 01 2011
Niat Puasa Ramadhan, Doa berbuka puasa dan Doa selepas berbuka.
Selamat malam.
mungkin dapat kuruskan badan YEEHAWW gedik
padahal berbuka dah siap siap nak pilih menu macam kuih sampan lah, atau macam nak menggada ngada pergi minta nasi tomato lah atau lebih ekstrem tiba tiba nak makan pizza hut dengan air tebu lah eh melalut pulak padahal baru cakap kene tahan nafsu T______T
okay di pendekkan cerita, mari saya bagi anda sedikit ingatan lah mana tahu anda sudah lupa niat puasa, doa sebelum berbuka dan doa selepas berbuka ( serius saya baru tahu doa selepas berbuka, jadi mari lah amalkan bersama )
credit besar untuk zelo kacak.
Lafaz Niat Harian
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Doa Berbuka Puasa
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Doa Selepas Berbuka Puasa
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.
rindunyaaa memori berpuasa dekat unisel dengan teman tersayang. phew memori macam kejutkan fwz bangun sahur lepas tu dia mengadu makan sardin kosong sebab malas nak masak, masak spagheti pedas gila, masak bihun pedas gila, pergi bazar, beli air sedap gila.
tahun ni tahun yang penuh saya berpuasa dekat rumah, sebab dua tahun lepas saya berpuasa dekat unisel. rindunyaaaa perangai masing-masing yang gila letak jam loceng depan bilik masing2 sebab nak suruh bangun sahur HAHA kelakar
Selamat Berpuasa readers Liyana Lunia yang tersayang. terima kasih banyak banyak sebab sudi singgah belog ini
![]()




