Archive for the ‘Study’ Category
Jan
Lelong & Berbohong.
hai semorang,
pernah nampak tak orang jual baucer macam ni? ada lagi power, dia jual RM100 je LOL.
sebenarnya bagi seorang pelajar yang berilmu, kalau dah nama ini baucer buku engkau beli lah apa apa buku. banyak buku dekat MPH / Kino / Borders / list list kedai . tu yang kau agak agak boleh dibeli daripada jual dekat orang lain. kebanyakkan yang aku tengok dengan bangga kutuk baucer ni kata tak berguna untuk diri sendiri -.-
aku rasa nak ketuk kepala sorang sorang, ada lagi tu yang islamik sangat sangat sampai kata baucer ni HARAM. apa nak jadi la fikiran orang melayu yang dah kene cuci dengan orang keparat mana tah -.-
pandai pandai lah guna akal, jangan sampai Allah SWT tarik balik akal yang dia pinjamkan. semua benda yang gov bagi kau nak maki hamun. aku pun tak faham apa masalah kau wahai pelajar pelajar. ehem marah marah juga, aku dah mula list kan barang apa aku nak beli, yang paling penting aku nak beli pen stabilo kaler kaler satu set yang badan dia jalur jalur. ini gambar dia. aku nak beli ni supaya sem 2 aku dapat dean list.
semester 1 saya adalah T______________T
tadi dengar berita, dia kata mungkin akan blacklist pelajar yang salah guna / akan ditarik balik. bila ditarik balik, confirm keparat keparat dekat luar sana akan cakap gov buruk siku kan? dah memang hati busuk, semua yang gov buat sama ada baik ke jahat akan di kutuk habis habisan. tak sangka,siapa lah orang bertuah yang dieorg idolakan pun aku tak faham -.-
Mereka google ini :
- baucer buku 1 malaysia (2)
- 1 malaysia baucer (1)
- baucer buku boleh beli apa (1)
- camne nak dapat dean list (1)
- kaler stabilo (1)
- lelong (1)
- list kedai buku baucer rm200 (1)
- pembeli kaler stabilo (1)
Dec
Pemberian baucar buku RM200 kepada pelajar IPTA, IPTS DAN POLITEKNIK
Kementerian Pengajian Tinggi ingin memaklumkan pelaksanaan pemberian baucar buku bernilai RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2012 kepada pelajarIPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6, seperti berikut:
1.
Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar diTingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.
2.
Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melaluiIPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulanJanuari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.
3.
Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, bersertaNombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / NomborPendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan padasetiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.
4.
Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.
5.
Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;
6.
Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;
7.
Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.
8.
Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Menteri Pengajian Tinggi
Disember 2011
// ini adalah menguntungkan saya dan semua pelajar sebab takpayah susah payah risau buku mahal HAAAAAHAHHAA saya seronok ! beronok-ronok ! grr terima kasih semuaaa
Mereka google ini :
- duit buku rm200 (12)
- rm 200 untuk pelajar ipta (7)
- baucer buku ipta (5)
- baucer buku 1 m (5)
- pemberian baucer buku rm200 (5)
- baucer rm200 untuk pelajar ipt (5)
- baucer rm200 untuk pelajar ipta (5)
- rm200 untuk pelajar ipta (5)



