Aug 20 2010

Resipi mudah : Ayam masak lemak cili padi.

Published by at 7:43 am under Resipi

Selamat petang.

hari ini, kalian hendak berbuka apa heh? selalunya sebelum pergi kerja tugas anak mithali seperti saya adalah berbincang dengan emak untuk lauk berbuka. sebab anak mithali semua pergi kerja tak dapat membantu emak (T_T) jadi terpaksa lah berbincang terlebih dahulu.

jadi bincang lah kami anak beranak sebelum sampai ke tempat kerja. buat pengetahuan kamu, saya adalah pencinta ayam. (T_T) sebab itu acik acik dekat unisel panggil saya ayam wu wuuuu. entah kenapa suka sangat dekat ayam, kalau bagi pilihan ayam, kambing, daging pasti ayam adalah pilihan hati. habis kalau bagi siput babi confirm saya tak nak pandang pun . lagi teruk kalau bagi pilihan makan mimi, lagi saya tak nak.

Credit : google.

eh terpanjang pulak bebel. saya kalau dapat bebel dekat belog memang panjang, risau kalau kamu pengsan nanti habis batal puasa siapa pula nak bertanggungjawap? (T_T) oh akhir nya emak setuju masakkan ayam masak lemak cili padi dengan sambal ikan bilis goreng kentang.

jadi menu berbuka hari ini adalah ayam masak lemak cili padi LOL.

Resipi mudah ayam masak lemak cili padi.

  • ayam 6 ketul
  • santan kelapa dari kotak kecik
  • bawang merah 2 ulas (blend)
  • bawang putih 3 ulas (blend)
  • kunyit ( ambil sikit cm sebesar ibu jari baby ;p) (blend)
  • cili padi 12 biji (blend)
  • sekeping asam keping
  • sebatang serai (dititik)

Cara cara.

  1. panaskan periuk, jangan terlalu panas dan masukkan bahan yang sudah diblend kedalam periuk. tambah sedikit air.
  2. masukkan ayam dan serai ke dalam periuk, dan biar kan bahan blend sedikit kering.
  3. masukkan santan . tambah kan sedikit air supaya tidak terlalu pekat
  4. kacau sehingga mendidih dan siap utk dihidangkan.
// ada kenangan manis sebenarnya ayam masak lemak cili padi ni, mungkin akan diceritakan kemudia. hihi

? okai bai.

Mereka google ini :


 Hello, saya Liyana Lunia . 22 . Industrial Computing student . saya berbloging secara random .


Random Posts

13 responses so far

13 Komentar to “Resipi mudah : Ayam masak lemak cili padi.”

  1. Along25on 20 Aug 2010 at 8:20 am

    Hahahaha saya pun pecinta ayam juga.. sampai badan pun naik gler hahahahaha…

    [Reply]

  2. Raraon 20 Aug 2010 at 8:22 am

    i pun nak ayam je. hari-hari suruh mak sediakan lauk ayam untuk i. kalau malas masak, goreng je pun i sanggup T________T hari ni pun mak masak ayam YAYYYYYY

    [Reply]

  3. FeezMioron 20 Aug 2010 at 8:22 am

    nampak sedap..cayalaa..akak pn tak khatam lg msk2 mcmni..harus cuba..

    [Reply]

  4. Encik Tikuson 20 Aug 2010 at 8:24 am

    tga pose nie Y.Y

    [Reply]

  5. ::fadxieza::on 20 Aug 2010 at 9:16 am

    simple je kan..
    tp xpenah masak pown..
    :p

    [Reply]

  6. wannurfazrinion 20 Aug 2010 at 9:53 am

    Aaaa, sedap gila. pergh kecur air liur .

    [Reply]

  7. Adeeyaon 20 Aug 2010 at 10:50 am

    haha ayam sangat besttt ! :D

    [Reply]

  8. Liyana Lunia.on 20 Aug 2010 at 11:12 am

    @Along25

    HAHA badan pun comel je mcm ayam kan HAHA

    [Reply]

  9. Liyana Lunia.on 20 Aug 2010 at 11:12 am

    @Rara

    HAHA goreng makan dengan kicap pun sedap kan yangg? heee geram nya. kalau pergi bazar nampak je ayam percik i dah lapar sangat :(

    [Reply]

  10. Nurain Hasanon 20 Aug 2010 at 12:57 pm

    tenkiu yunk!dah lama nak belajar masak ayam masak cili padi ni
    ;) )

    [Reply]

  11. ayunaon 20 Aug 2010 at 3:50 pm

    saya suka panggil acik lena ayam kerana acik suke mkn ayam n lagy 1 acik suka melatah mcm ayam nk bertelur.. :P

    [Reply]

  12. Aziati Wan Haronon 20 Aug 2010 at 7:09 pm

    sedapnya :)

    [Reply]

  13. ayoikemaon 23 Aug 2010 at 11:55 pm

    ayam mmg best…uhu…skit2 ayam..ayam..dan ayam lg…ayam mmg terbaiq

    [Reply]

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply