May 06 2010

Kuih Keria resipi emak kita.

Published by at 3:34 am under Resipi

selamat pagi.

ini cerita petang semalam .

emak rebus keledek, gua tatau pulak emak nak buat apa dengan keledek tersebut sebab gua kurang sikit makan keledek goreng ke keledek masak lemak ke segala jenis keledek kalau boleh gua tak berapa suka. tapi begedil gua suka. tahu begedil tu apa? ini lah bentuk begedil. sedap gilaaaa okay.

dulu waktu gua tak pandai makan begedil, emak paksa makan. gua takut okay sebab nama dia bedegel and gua takut nanti jadi degil rupanya gua salah dengar, ku ingatkan bedegil, rupanya begedel. ( haaa, aku dh mengidam sekarang, siapa suruh sebut? T_T )

jadi kita sambung dengan cerita pasal keledek yang rupa rupanya emak nak buat kuih keria. pfft sedap gilaaa kuih keria dah lama gila kot tak makan dah lah kuih keria ini i yang design kan dia, i yang bulat bulatkan, i yang buat lubang guna jari pon boleh, hasil dia memang menawan kalbu sampai menjilat jilat jari sebab enak lah KAH KAH KAH suka nak perasan lah u ni tsk T_T (bercakap pada diri sendiri)

resipi kuih keria emak.

3 biji keledek saiz sedang sedang aja.
1 cawan tepung gandum
garam sikit
3 sudu besar gula dan sedikit air

1. Keledek dibersihkan dan rebus sehingga masak. Keledek tadi dibuang kulitnya dan lecek hingga lumat.
2. Kemudian gaul bersama tepung dan garam sehingga sebati.
3. Ambil 1 camca adunan tadi, bulat-bulatkan dan kemudian leperkannya . Buat lubang dibahagian tengah adunan tadi. Panaskan minyak di dalam kuali.

sambung…

4. Masukkan ke dalam kuali adunan yang telah siap satu persatu dan goreng hingga kekuningan. Setelah semua selesai, ketepikan.
5. Masak gula dengan sedikit air sehingga pekat dan hampir kering. Kemudian masukkan kuih keria tadi dan balik-balikkan di dalam kuali supaya diselaputi gula.
6. Kemudian bolehlah dihidangkan.

dah dah, kuih keria emak pun dah habis sampai apak tak dapat makan sebab apak muntah muntah semalam tapi sekarang dah sehat alhamdulilah, and apak sekarang tengah betulkan paip yang pecah (apa ni apa ni? kenapa awak nak letak sekali dalam entry resipi kuih keria emak dan siap boldkan sekali? macam tak perlu rasanya. T_T ). jadi entry ini kita habiskan macam ini sahaja

// pernah dengar perkataan batak? ini macam orang batak buat kuih keria habis satu twitter dia nak heboh. entah siapa orang batak ini tah T_T

Mereka google ini :


 Hello, saya Liyana Lunia . 22 . Industrial Computing student . saya berbloging secara random .


Random Posts

22 responses so far

22 Komentar to “Kuih Keria resipi emak kita.”

  1. :: Feez_Mior ::on 06 May 2010 at 3:50 am

    sedapnya..1 of my fav kueh ever.. nyummy.. teringat kecik2 ummi akak selalu jgk buat. =D

    [Reply]

  2. otak ketaton 06 May 2010 at 3:53 am

    ah malas nak try. kueh batik pn aku buat tak lepas2. kah kah kah. bila nak buatkan utk aku?

    [Reply]

  3. Haneemon 06 May 2010 at 4:09 am

    Dah lama gua tak makan kuih ni.

    [Reply]

  4. Liyanaa.on 06 May 2010 at 4:11 am

    kak feez.

    hiks, tu la macam terkejut tiba tiba rebus keledek, aik nk buat apa tah rupanya nak buat keria T_T

    otak ketat.

    aku fhm, kau mana reti masak, butter prawn aku pun tak dapat dapat KAH KAH KAH.

    sayang nanti kita dh kawin baru i buatkan untuk u :*

    haneem.

    gua baru lepas makan semalam HA HA HA

    [Reply]

  5. Nisaecizon 06 May 2010 at 4:22 am

    hattoii. sangat sidap la huweyhhh!

    NISECA suka merapu

    [Reply]

  6. Raraon 06 May 2010 at 4:30 am

    haaaaaaaa mak i dah lama ajar i buat kuih keria ni tau! sedapkan tapi i tak suka buat tebal sangat, i suka buat nipis dan garing sikit aummm nyummy nyaaaa. okay nasib baik mak i tengah masak rendang daging dekat dapur, so i tak terliur dengan kuih keria. aummmm i nak beraya hari ni dengan rendang daging emakkkkk :P

    [Reply]

  7. nfahk~on 06 May 2010 at 4:45 am

    terbaekkk… sedap2..agak2 boleh lawan tak kuih keria limbongan kat melaka yang peymes tuh? two thumbs up!

    [Reply]

  8. ? ~ * cik aidacomei * ~ ?on 06 May 2010 at 5:18 am

    kuih tu kalau buh inti seruding dalamnye jadi la die kuih cucur badak…sedap gak

    [Reply]

  9. helena'son 06 May 2010 at 5:38 am

    ok lapa..hahaha keria tu nampak menarik gila..

    [Reply]

  10. sasha*on 06 May 2010 at 6:50 am

    akak suka gile kuih keria dgn donut.mmg hantu la haha.nak sikitttttttt

    [Reply]

  11. eyraon 06 May 2010 at 6:54 am

    kuih feverert i tyme puase, wajib beli setiap hari. susah nak jumpe kalau bukan puasa -.-

    [Reply]

  12. Farra Rizalon 06 May 2010 at 6:58 am

    Jom join blog saye
    Blog awak bez
    http://terataimewangi.blogspot.com
    salam perkenalan

    [Reply]

  13. ayunaaon 06 May 2010 at 7:07 am

    ehh,pagy tady pon mak kite ade beli kueh keria..
    alowh,acik ckp bergedel tros teringin nk mkn bergedel lah..
    huu..

    [Reply]

  14. Fazreenon 06 May 2010 at 10:07 am

    aku suka sama ini kuih…nyum2

    [Reply]

  15. otak ketaton 06 May 2010 at 12:46 pm

    haha. sudah lah kau. nk tunggu kawen baru nak buat. aku tak kre. raya nnt aku g umah kau tahu kau buatkan utk aku. dgn kueh batik sekali oke. haha.

    [Reply]

  16. Nurain Hasanon 06 May 2010 at 12:57 pm

    sedapnyee~

    [Reply]

  17. Zikr the Jalanan Sepi Perantauon 06 May 2010 at 1:05 pm

    sedapnya… :-)

    [Reply]

  18. zidaon 06 May 2010 at 1:33 pm

    alolo feveret. paling feveret. banyak jugak steps nak buat kuih ni. huhu ;)

    [Reply]

  19. Wawa Zamerion 06 May 2010 at 3:09 pm

    sedapp
    kite suke makan kuih nii

    [Reply]

  20. ElyaElmoon 07 May 2010 at 1:49 am

    yeay!!!~ nnt boleh buatttt..sebb elya sukee makan keriaa…nyum3
    dear….sile ambil award dr blog elya ok :)
    salam kenal

    [Reply]

  21. ishahbakeryNo Gravataron 18 Dec 2011 at 6:11 pm

    terimakasih . semalam ada juga cuba buat tapi agak lembik sikit, kurang tepung kot.
    Salam perkenalan..
    lawat saya di ishahbakery.blogspot.com

    [Reply]

  22. chendhawanNo Gravataron 10 Apr 2012 at 4:53 pm

    hahahhaa…funnyla entri ni…saya suke…tq share resepi :)

    [Reply]

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply